Ketika Kamu Sedih dan Putus Asa (Motivasi) | Ustadz Abdul Somad, Lc. MA
Apa sebenarnya hakikat bahagia itu?
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
Apa sebenarnya hakikat bahagia itu?
Ada seorang kaya hartanya banyak dia naik kereta yang besar megah dan mewah dalam perjalanan ia tengok kesebelah kanan ada tanaman padi sawah yang menghijau.
lalu dia pandang ada budak budak(anak-anak) kecik membawakan makanan beserta ibunya menuju pondok di tengah sawah, Suami sudah menunggu makanan siang tiba.
Apa kata orang kaya di dalam kereta "Oh bahagianya petani di tengah perutnya lapar istri dan anaknya datang makanan tiba pada waktunya, air minum dapat menghilangkan dahaga, lapar hilang rindupun sirna karna anak dan istri ada disekitar dia. Bahagianya jadi petani...(kata orang kaya dalam kereta)
"Masa orang kaya dia fikir tidak bahagia.
Si petani yang bersama anak di pondok tua itu pula memandang orang kaya di atas kereta.
apa kata dia? "Betapa bahagianya orang kaya naik kereta, sedangkan aku hanya duduk di pondok yang tua"
Maka pada hakikatnya ini dua-duanya tak bahagia
Lalu sebenarnya bahagia itu dimana???
Ada seorang anak yang sedang belajar di kolec university dia berkata "Alangkah bahagianya kalau saya dapat B.A".
Setelah dia dapat ijazah B.A dia berkata aku tak bahagia...Alangkah indahnya kalau aku dapat master"
Manakala dia dapat master dia berkata "Oh betapa bahagianya kalau dapat PhD"
Selepas Phd dia berkata"susahnya PhD belum juga dapat kerja"
Selepas dia dapat kerja dia berkata" Alangkah bahagianya kalau menikah"
Selepas menikah dia berkata "Aku tak bahagia sebab orang selalu bertanya udah punya anak apa belum?.."
Selepas punya anak dia pun berfikir untuk menikah sekali lagi.
Jadi sebenarnya bahagia itu punya siapa?
Oleh sebab itu bile kite bacekitab-kitab maka makna sa'adah, Kebahagian orang yang bahagia saidah. Orang yang bahagia adalah Insyirahus Sadr (Ketika hati terasa lapang apapun yang datang).
Kalaulah belajar yang mendapatkan B.A itu hatinya lapang tentu dia bahagia.
Kalaulah petani yang yang berada di rumah tua itu hatinya lapang tentulah dia bahagia.
Kalaulah orang kaya dengan kereta yang besar itu hatinya lapang tentulah dia bahagia.
Itulah mengapa Musa AS di tengah kesusahan hatinya akan melawan ayah angkat bernama fir'aun dia mintak hati yang lapang.
Kita semua baca doa itu "Rabbisy syrahlii shadrii" (Lapangkanlah dadaku.)
Itulah mengapa kakinya pecah berdarah, giginya patah, pelipisnya pecah meneteskan darah api dia tersenyum bahagia" karena hatinya lapang, Allah sudah lapangkan hatinya
Apa kata Allah untuk dia "أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ"
Maka bahagia itu adalah ketika hati terasa lapang.
DOA :
رَب اشْرَحْ لِي صَدْرِي, وَيَسرْ لِي أَمْرِي, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي, يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Rabbisy syrahlii shadrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam millisaanii, yafqahu qaulii.”“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”